"Bukan saya yang maki adik-beradik Shila Amzah- Sharnaaz "

Sekitar bulan lalu, 'Lan Todak' telah didakwa memaki adik beradik Shila di Twitter dan akhirnya Shaanaz tampil memberi penjelasan me...




Sekitar bulan lalu, 'Lan Todak' telah didakwa memaki adik beradik Shila di Twitter dan akhirnya Shaanaz tampil memberi penjelasan mengenai isu tersebut.

Menurut Sharnaaz, dia sendiri tidak tahu siapakah individu yang dimaksudkan oleh adik beradik Shila dan menegaskan bahawa dia akan mengambil tindakan serius sekiranya ada pihak cuba memfitnah dirinya dengan perkara yang tidak benar.

“Jujur saya cakap kalau dekat Twitter saya, yang update mengunakan admin dia akan tulis dekat bawah itu ‘admin’. Tapi kalau tak ada tulis, maknanya itu memang daripada saya sendiri. Jadi, saya tidak tahu dia tujukan perkara itu kepada siapa dan kalau orang itu nak kesahihan, semak betul-betul sebelum hentam saya," kata Sharnaaz.

Mengulas lebih lanjut mengenai tindakan tegasnya itu, Sharnaaz akui selepas ini dia tidak akan mengambil langkah mudah dengan melepaskan amarahnya di laman Twitter, malah dia akan bertindak lebih matang dengan membawa perkara tersebut ke muka pengadilan.

“Sekarang ini saya memang tidak tahu siapa yang maki adik beradik Shila dan siapa yang main suka-suka hentam saya, saya akan terus ambil tindakan sekeras-kerasnya melalui mahkamah saja,” katanya lagi.




Related

Info Artis 8116532005245497999

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak Media Fantasia Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Protected by Copyscape Web Plagiarism Scanner

My Blog List

Blog Archive

Connect Us

item
Seorang blogger biasa yang ingin berkongsi apa sahaja kisah dan pelbagai cerita menarik. Kalau korang suka jom follow .