4 Cara Percintaan Yang Diredhai Allah

Jaga jangan sampai berkhal�wat dan berdua-duaan kerana sabda Rasulullah: �Setiap kali seorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita, s...

Jaga jangan sampai berkhal�wat dan berdua-duaan kerana sabda Rasulullah: �Setiap kali seorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita, syaitan menjadi orang ketiga.
Perlu juga diketahui bahawa khalwat itu bukan pada fizikal saja, tetapi juga pada hati, malah khalwat hati itu lebih terdahulu bermula kerana setiap perbuatan dan perkataan adalah hasil dari ilham hati. Khalwat jasadi (badan) hadir setelah khalwat qalbi (hati).

2. Jangan saling mengurat dan menggoda dengan bertentang mata nafsu. Bukan tak boleh tengok pasangan tapi merenung yang diikuti dengan nafsu bakal diiringi panahan syaitan.

Seperti sabda nabi: �Panda�ngan itu adalah panahan beracun Iblis. Siapa yang meninggalkannya kerana takutkan Aku nescaya akan Aku gantikan ia dengan iman dan dia akan memperoleh kemanisan dalam hatinya� (Hadis riwayat at-Tabrani dan al-Hakim).

3. Jaga jangan sampai bersentuhan, tangan dan badan bergesel-gesel nanti menaikkan nafsu syahwat. Besarnya dosa bersentuhan seperti sabda Rasulullah:
�Jika kepala kamu ditikam dengan besi, itu lebih baik daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal untuk kamu� (Hadis riwayat at Tabrani dan al Baihaqi).

4. Tidak terlalu bebas hingga menjadi pendorong kepada perbuatan zina. Surah al-Israk ayat 32 menyatakan: �Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.�

Berusaha menutup aurat dan menyembunyikan perhiasan serta dan kecantikan.
Malah, bertunang juga bukan tiket untuk menghalalkan segalanya dalam perhubungan.



sumber:selangor2u.com

Related

info percintaan 9212258855328656350

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak Media Fantasia Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Protected by Copyscape Web Plagiarism Scanner

My Blog List

Blog Archive

Connect Us

item
Seorang blogger biasa yang ingin berkongsi apa sahaja kisah dan pelbagai cerita menarik. Kalau korang suka jom follow .