Kuasa Tuhan Bayi Perempuan Berkepala Dua

Kuasa Tuhan hanya Allah sahaja yang tahu hikmah disebalik kejadian ini. Ikuti laporannya yang berlaku di india : YA, laporan ini adalah bena...

Kuasa Tuhan hanya Allah sahaja yang tahu hikmah disebalik kejadian ini. Ikuti laporannya yang berlaku di india :

YA, laporan ini adalah benar iaitu kami menyambut kelahiran bayi perempuan yang mempunyai dua kepala," kata Ketua Pegawai Eksekutif Cygnus JK Hindu Hospital, Dr Ashish Sehgal.



Beliau memberitahu ABCNews.com menerusi emel: “Bayi perempuan itu hidup dan sihat.”

Sehgal berkata, mereka menyambut kelahiran bayi perempuan yang mempunyai berat 5.3 paun atau 2.40 kilogram menggunakan kaedah pembedahan Caesarean, di hospital berkenaan, yang terletak kira-kira 20 kilometer dari Delhi, Rabu lalu.

The New York Daily News pula melaporkan ibu kepada bayi berkenaan, Urmila Sharma, tidak mampu untuk melakukan ujian ultrasound dan tidak tahu dia akan melahirkan anak kembar siam.

JURURAWAT sedang membetulkan kepala bayi perempuan kembar siam di hospital di Sonipat, India. FOTO Sanjeev Ghangas/Cover Asia Press

Via-MyMetro

Dr Shikha Malik iaitu pakar perubatan yang menyambut kelahiran bayi berkenaan berkata: "Kami hanya tahu mengenai kandungan Urmila dua minggu lalu. Tapi, ketika itu kami tidak dapat berbuat apa-apa."

Sementara itu, mengikut Daily Mail, kembar siam itu mempunyai `dua kepala, dua leher dan dua tulang belakang' tetapi berkongsi satu badan. 

Related

kisah menarik 6923576008345437669

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak Media Fantasia Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Protected by Copyscape Web Plagiarism Scanner

My Blog List

Blog Archive

Connect Us

item
Seorang blogger biasa yang ingin berkongsi apa sahaja kisah dan pelbagai cerita menarik. Kalau korang suka jom follow .