Borang Permohonan KWSP Pengeluaran Kematian RM2500
Borang permohonan KWSP pengeluaran kematian bernilai RM2500. Ramai yang tidak tahu bahawa bantuan kematian RM2,500 yang diberikan oleh Kumpu...
https://mediafantasia.blogspot.com/2014/04/borang-permohonan-kwsp-pengeluaran.html
Borang permohonan KWSP pengeluaran kematian bernilai RM2500. Ramai yang tidak tahu bahawa bantuan kematian RM2,500 yang diberikan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada penama atau waris pencarum yang meninggal dunia bukan secara automatik, sebaliknya berdasarkan permohonan. Jika tiada permohonan dibuat, wang ehsan kematian tersebut tidak akan diberikan atau disalurkan kepada waris keluarga. Berikut adalah maklumat penting mengenai permohonan pengeluaran bantuan RM2500 jika berlaku kematian terhadap pencarum/ ahli KWSP.
Syarat Permohonan Pengeluaran Kematian KWSP
Warganegara Malaysia.
Pencarum/ Ahli KWSP.
Pencarum belum mencapai umur 55 tahun semasa kematian.
Permohonan Pengeluaran Kematian perlu dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli.
Borang Permohonan Daripada Penama / Waris Ahli / Penjaga Atau Pentadbir
Sila layari Borang Permohonan KWSP 9KM (AHL)
Penama atau waris pencarum wajib datang ke pejabat KWSP untuk membuat permohonan dengan membawa bukti kematian
Fakta Penting Mengenai KWSP Pengeluaran Kematian
Bantuan RM2500 adalah wang ehsan dari KWSP sekiranya berlaku kematian
Bantuan juga bukan diambil daripada simpanan pencarum, sebaliknya hasil keuntungan pelaburan KWSP sebagai ihsan membantu meringankan beban penama atau waris.
Bantuan RM2500 hanya layak kepada ahli pencarum KWSP sahaja
Jika waris pencarum didapati tidak layak menerima bantuan berdasarkan syarat ditetapkan, wang berkenaan akan diagihkan kepada semua pencarum KWSP dalam bentuk dividen.