Rozita Che Wan - “Kenapa Saya Perlu Malu Mengandung Di Usia Kini?”

Jom ikuti perkembangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin : “Kenapa saya perlu malu untuk mengandung di usia kini? Bukannya terlalu tua. Bukan j...

Jom ikuti perkembangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin :

“Kenapa saya perlu malu untuk mengandung di usia kini? Bukannya terlalu tua. Bukan juga saya mengandung secara yang salah. Saya tidak ambil kisah bagi mereka yang mahu bersikap negatif, itu melambangkan keperibadian mereka yang tidak boleh tengok kegembiraan orang lain,” jelas Che Ta yang tidak hairan dengan komen negatif sesetengah pihak.



Boleh dilihat kegembiraan Rozita Che Wan apabila mendapat pengesahan tentang kehamilannya walau di usia 41 tahun. Yang lebih gembira menerima berita ini tentulah si suami, Zain Saidin. Namun di sebalik kegembiraan ini, ada yang masih mengkritik pasangan ini.

Mengakui suaminya sendiri bimbang untuk lakukan pemeriksaan doktor namun akhirnya beliau pergi juga membeli kit pengesan kehamilan.


“Memang Zain ikuti waktu subur saya, jadi dia tahu keadaan saya. Bila sudah lambat datang bulan, saya beritahu dia untuk membuat ujian sendiri. Namun dia terlalu berdebar sampai menolak untuk melakukan ujian tersebut. Dia mungkin tak mahu kecewa.”

“Bagaimanapun akhirnya dia sendiri yang membelinya. Sampai kini, pengesan kehamilan itu disimpan Zain dengan rapi yang menggambarkan bagaimana seronoknya dia bila mengetahui saya mengandung,” tambahnya lagi.

Via- Myartis

Related

Info Artis 5677148037339179807

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak Media Fantasia Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Protected by Copyscape Web Plagiarism Scanner

My Blog List

Blog Archive

Connect Us

item
Seorang blogger biasa yang ingin berkongsi apa sahaja kisah dan pelbagai cerita menarik. Kalau korang suka jom follow .