Pesawat MH370 Terhempas Di Laut China Selatan Lapor Al-Jazeera

TENTERA LAUT VIETNAM mengesahkan pesawat Boeing 777-200 #MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) yang dilaporkan hilang & terputus hubungan...

TENTERA LAUT VIETNAM mengesahkan pesawat Boeing 777-200 #MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) yang dilaporkan hilang & terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang awal pagi ini terhempas di Laut China Selatan, lapor akhbar utama negara Vietnam, Tuoi Tre.



Laksamana Tentera Laut Vietnam, Ngo Van Phat menjelaskan, radar tenteranya merakamkan pesawat Boeing 777-200 MH370 itu terhempas ke dalam laut 246 kilometer di selatan Pulau Phu Quoc.

Al-Jazeera pula melaporkan tentera laut China telah mengerahkan dua buah kapal penyelamat mereka segera ke Laut China Selatan untuk membantu operasi menyelamat.

Laporan dari akhbar Vietnam itu sekaligus menamatkan spekulasi yang tersebar sebelum ini yang menyatakan kononnya pesawat MH370 itu membuat pendaratan cemas di Nanning, selatan China.

Agensi berita Xinhua sebelum ini juga melaporkan pesawat MH370 tidak memasuki ruang udara China dan tiada sebarang hubungan yang dibuat oleh MH370 dengan negara itu. 

VIA- ASTROAWANI | MSTAR | AL-JAZEERA

Related

info semasa 5867494170774310468

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak Media Fantasia Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Protected by Copyscape Web Plagiarism Scanner

My Blog List

Blog Archive

Connect Us

item
Seorang blogger biasa yang ingin berkongsi apa sahaja kisah dan pelbagai cerita menarik. Kalau korang suka jom follow .