Mizz Nina Mahu Berhenti Menyanyi Terus

Sebelum ini Mizz Nina mengumumkan bahawa beliau tidak mahu menyanyi didepan lelaki dan hanya mahu menghiburkan kaum wanita. Namun, paling te...



Sebelum ini Mizz Nina mengumumkan bahawa beliau tidak mahu menyanyi didepan lelaki dan hanya mahu menghiburkan kaum wanita. Namun, paling terkini, beliau mengatakan akan terus berhenti menyanyi kerana ingin menjadi seorang Muslimah yang lebih baik.

Dan dengan keputusan ini, beliau langsung tidak menyesal dengan tindakannya itu. Beliau juga telah menutup label pakaiannya yang dahulunya bertemakan pakaian yang agak seksi dan kini akan fokus pada fesyen pakaian Muslimah berlabel nama “Medina”.

“Saya buat keputusan ini bukan kerana mengikut kesesuaian imej semata-mata tetapi ia lebih melibatkan tentang kepercayaan saya terhadap Islam.

“Alhamdulillah, tidak berat sebenarnya membuat keputusan ini. Lagipun, dalam dunia seni, banyak lagi perkara yang boleh saya lakukan sebagai contoh membaca puisi atau melibatkan diri dalam pengacaraan,” katanya.

Beliau juga membatalkan hasrat untuk menerbitkan album pop muzik dan akan muncul di televisyen mengacarakan program keagamaan buat kanak-kanak.

Memang pusingan perubahan MizzNina ini bagaikan pusingan tahap 360 darjah. Sampai langsung tiada pakaian ketat yang dipakainya sejak berhijrah ini namun beliau masih kekal berfesyen. Ini baru betul Muslimah sejati.

p/s: tahniah teruskan istiqamah dalam kebaikan.

Related

Info Artis 2227578244621040666

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak Media Fantasia Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Protected by Copyscape Web Plagiarism Scanner

My Blog List

Blog Archive

Connect Us

item
Seorang blogger biasa yang ingin berkongsi apa sahaja kisah dan pelbagai cerita menarik. Kalau korang suka jom follow .