#MH370: Pesawat Dari Australia Pertama Menjejaki Dua Objek Telah Berlepas Pagi Ini

Menurut AMSA, Pesawat pertama Royal Australian Air Force (RAAF) P3 Orion itu telah berlepas kira-kira 6:15 pagi tadi waktu tempatan. Pesawat...

Menurut AMSA, Pesawat pertama Royal Australian Air Force (RAAF) P3 Orion itu telah berlepas kira-kira 6:15 pagi tadi waktu tempatan.

Pesawat Gulfstream dan pesawat kedua RAAF P3 Orian dijangka akan berlepas pada pukul 9 pagi waktu tempatan, dan pesawat ketiga akan berlepas pada pukul 10 pagi waktu tempatan.


Pesawat pertama pasukan Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) telah berlepas pagi tadi bagi mencari dua objek yang menjadi penunjuk kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, manakala empat lagi pesawat akan menyusul.

Dalam pada itu, pesawat ketenteraan Amerika Syarikat, Navy P8 Poseidon pula dijadualkan menyertai misi pada pukul 1 petang waktu tempatan.

Mengambil kira jarak kawasan carian, pesawat-pesawat yang terbabit dalam misi ini mempunyai ketahanan kira-kira 2 jam dalam masa carian.

Dalam sidang media pada hari yang sama di Hotel Sama-Sama, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata penemuan dua objek oleh satelit Australia boleh dipercayai namun ia masih belum dapat disahkan.

Satu kapal maritim kini sudah berada di kawasan carian dan sebuah lagi dijangka tiba malam ini.
Pada Khamis, cuaca mendung dan jarak penglihatan terhad menjejaskan operasi AMSA dan misi pencarian disambung hari ini.

Related

info semasa 927572040938186939

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak Media Fantasia Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Protected by Copyscape Web Plagiarism Scanner

My Blog List

Blog Archive

Connect Us

item
Seorang blogger biasa yang ingin berkongsi apa sahaja kisah dan pelbagai cerita menarik. Kalau korang suka jom follow .