MH370 Masih Belum Dijumpai Setelah 24 Jam...

Pesawat MH370 yang hilang awal pagi semalam sehingga kini masih belum ditemui, kata Malaysia Airlines (MAS) selepas 24 jam insiden tersebut ...


Pesawat MH370 yang hilang awal pagi semalam sehingga kini masih belum ditemui, kata Malaysia Airlines (MAS) selepas 24 jam insiden tersebut berlaku.

Sejak hilang semalam, pesawat syarikat penerbangan milik kerajaan itu menjadi perhatian media tempatan dan antarabangsa yang membuat liputan dan melaporkannya dari semasa ke semasa.

“Sudah lebih 24 jam sejak kali terakhir MH370 berhubung pada jam 1.30 pagi.

“Pasukan mencari dan menyelamat masih belum mengetahui lokasi pesawat Boeing 777-200 yang hilang,” kata MAS dalam satu kenyataan awal pagi ini.

Pasukan mencari dan menyelamat dari Malaysia, Singapura dan Vietnam terus giat meneruskan usaha mencari pesawat tersebut walaupun masih belum berhasil.

“Sehingga saat ini, mereka masih gagal menemui bukti bangkai pesawat.

“Misi laut akan diteruskan malam ini manakala misi udara akan bersambung pada sebelah pagi,” menurut kenyataan MAS itu.



Ketika ini, semua ahli keluarga terdekat penumpang sedang berkumpul dan sebaik sahaja pesawat tersebut ditemui mereka semua akan dibawa dengan pesawat khas ke lokasi.

“Sebaik sahaja pesawat itu ditemui, Malaysian Airlines akan menerbangkan ahli keluarga penumpang ke lokasi.”‎

Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dari 14 negara temasuk 12 anak kapal, hilang daripada radar setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 pagi semalam dalam perjalanan menuju ke Beijing, China.

Related

info semasa 7968305596549820206

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak Media Fantasia Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Protected by Copyscape Web Plagiarism Scanner

My Blog List

Blog Archive

Connect Us

item
Seorang blogger biasa yang ingin berkongsi apa sahaja kisah dan pelbagai cerita menarik. Kalau korang suka jom follow .