Edisi Terjah !!! Kenali Pengetua Pusat Tahfiz Amal Yan Kedah Penipu...
Ini ada satu pendedahan eksklusif dimana rata-rata rakyat Malaysia mengetahui hal ini mengenai Pusat Tahfiz Amal yang dikatakan berada di Ya...
https://mediafantasia.blogspot.com/2014/02/edisi-terjah-kenali-pengetua-pusat.html
Ini ada satu pendedahan eksklusif dimana rata-rata rakyat Malaysia mengetahui hal ini mengenai Pusat Tahfiz Amal yang dikatakan berada di Yan Kedah. Jom kenali siapa dalang dan pengetua Pusat Tahfiz tersebut dibawah :
P/s : Individu seperti inilah yang merosakkan nama Pusat Tahfiz di Malaysia. memalukan dan membusukkan nama Islam. Apa respon balas anda pula? Admin doakan semoga beliau sempat bertaubat.
Orang Malaysia terkenal dengan sikap pemurah. Cepat menghulur bantuan melihatkan kesusahah orang lain walaupun yang datang meminta bantuan, tidak tahu “asal-usulnya”
Sayangnya rakyat Malaysia telah disalahguna oleh golongan yang sanggup mengambil kesempatan dengan memperhambakan anak yatim bagi memuaskan misi mengaut kemewahan dengan cara mudah dan juga keji. Inilah yang dilakukan Azhar Wahab, pengasas Pusat Tahfiz Amal Yan Kedah.
BEKAS KETUA AJARAN SESAT TERKAYA DI MALAYSIA
Nama sebenarnya, Azhar Wahab dan kini lebih dikenali sebagai SM Amin. Ajaran Azhar telah diwartakan SESAT pada 7 Oktober 2004.
Klik capaian di bawah untuk membaca perincian.
Azhar juga pengasas Pusat Tahfiz Amal, PTA di Kedah, lebih 10 tahun memperalatkan pelajar untuk memasarkan pelbagai produk keluaran syarikatnya. Biarpun jutaan ringgit dikutip, PTA masih berada dalam keadaan uzur.
Keadaan PTA
Hasil maklumat bergambar diperolehi, tiada kelas menghafaz Al-Quran di PTA. Justeru tidak hairan jika tiada penghafaz Al-Quran dilahirkan oleh PTA.
Seperkara lagi, pelajar PTA BUKAN anak yatim.
Kanak-kanak diperkudakan di sekitar stesyen minyak, bank, restoran dan kawasan Rehat dan Rawat Lebuh Raya untuk menjual produk SM Amin sehingga lewat malam.
Sedangkan Azhar kini hidup mewah, berkereta besar, memiliki jet ski, bermotosikal berkuasa tinggi dan barangkali beristeri ramai. Hidupnya senang lenang diuliti hiburan.
Exco Kerajaan Negeri Kedah telah membuat laporan polis terhadap phak pengurusan PTA kerana menyalahgunakan kanak-kanak penghunjung Januari 2014.
MALANGNYA sehingga ke hari ini, pelajar PTA masih terus diperhambakan.
Hanya orang awam seperti kita mampu cuba memberhentikan kegiatan SM Amin. Jangan menyokong pembelian produk terbabit. Jika ingin memberikan wang makan kepada kanak-kanak dieksploitasi, hulurkanlah tetapi JANGAN sesekali membeli produk ditawarkan.
Tanpa disedari, hasil jualan itu semakin mengembungkan kocek lelaki terbabit dan pada masa sama, kegiatan itu melonglaikan tubuh remaja lelaki dan perempuan, masih di bawah umur.
Sila SHARE bukan LIKE.
Terima kasih.
Sumber : Mazidul Akmal Sidek
Apa nak buat broooo...dah sepuluh tahun...sepuluh tahun apa kerajaan buat....?????? hempeh...malas nak komen sebenarnya ni
ReplyDeleteWoii orang atas. Why must u salahkan kerajaan? before dato mukhriz pegang kedah. Sape yang pegang dulu. Why tak suruh MB tu je. Why must nak salahkan kerajaan. Bodo la u ni.
Deletepon pkr pegang 10 tahun, kesian, biar xensem jangan bangang
ReplyDelete