Edisi Terjah!!! Anak Yatim Pertahan Pengetua Pusat Tahfiz Amal
Kisah hangat mengenai Pengusaha Tahfiz Amal menjadi bualan sensasi rakyat Malaysia khususnya yang ingin tahu betul atau tidak Pusat Tahfiz i...
https://mediafantasia.blogspot.com/2014/02/edisi-terjah-anak-yatim-pertahan.html
Kisah hangat mengenai Pengusaha Tahfiz Amal menjadi bualan sensasi rakyat Malaysia khususnya yang ingin tahu betul atau tidak Pusat Tahfiz itu wujud dan adakah beroperasi boleh baca artikel disini mengenai Siapakah Pengetua Tahfiz Amal dikenali sebagai PTA.
Terlebih dahulu admin ingin berkongsi kepada orang ramai bukan nak mengaibkan dan semoga apa yang tertulis di artikel ini menjadi pengajaran dan iktibar kepada orang ramai. Admin sangat sedih bila mana anak-anak yatim itu sendiri mempertahankan kepada orang yang telah mempergunakan mereka.
Acapkali bila dengar sahaja kisah mengenai anak-anak ini meminta derma di Bank,Pusat Stesyen Minyak,RnR Dan sebagainya rakyat Malaysia memang akan tahu akan perkara ini namun sejauh mana kesahihan PTA itu sendiri. Admin pon agak terperanjat manakan sama jauh dari ufuk Kedah meminta Derma hingga ke Selatan Tanah Air Johor. Allahurabbi. Admin dapat merasai bagaimana dan apakah reaksi apabila anda terjumpa anak-anak yang mengutip derma ini sambil beramal untuk pusat tahfiz katanya.
Banyak juga persoalan ke mana Anak-anak itu belajar sekiranya dari pagi meminta derma hingga lewat Malam. Pelik sungguh. Adakah anak-anak ini sudah diajar dengan amalan dan ajaran yang terpesong ? Dan berikut dibawah admin ingin berkongsi mengenai perbualan salah seorang blogger yang berjaya menemu bual dengan anak-anak yang meminta derma ini, jom ikuti perbualannya dibawah :
Melalui MyMediaHub :
Melalui MyMediaHub :
“Itu semua fitnah. Pengetua saya seorang yang baik. Encik tak kenal dia tetapi saya tahu dia telah difitnah,” kata Laila dalam nada suara tegas mempertahankan maruah pengetuanya ketika ditemui di sebuah kedai makan di sini hari ini.
Musykil masih bersarang, saya bertanya lagi kenapa pengetua itu boleh bersuka-ria menyanyi dan bersenang lenang di pantai sedangkan pelajarnya keluar mencari derma serta menjual barang di merata tempat.
Jawab Laila:”Itu cara dia berdakwah. Lain orang, lain cara mereka menyampaikan ajaran Islam. Kalau dia pergi karaoke ke atau ke mana-mana, itu cara dia berdakwah.
“Encik tak boleh pertikai apa yang dia buat. Encik tak tahu cara dia menyampaikan ajaran Islam. Kami pelajar dia tahu semua yang dilakukan oleh pengetua kami adalah kerana agama Islam. Encik sendiri belum tentu masuk syurga kalau nak banding dengan pengetua kami,” kata gadis sunti itu lagi.
Apabila diminta bergambar, dia dengan senang hati memberi izin sambil berkata:” Ambillah gambar saya. Biar saya jadi popular. Saya berada dipihak yang benar. Allah tahu apa yang saya buat.”
Persoalannya, adakah gambar yang tersiar itu benar-benar pengetua sekolah tahfiz tersebut? Kalau mengikut perbualan dengan Laila, dia seperti tahu gambar pengetuanya berpoya-poya telah pun tersebar di alam maya yang secara tidak langsung mengesahkan itu adalah pengetuanya.
Apa yang menghairankan, kalau benar ini bukan fitnah nyata kenapa kanak-kanak seusia itu bermati-matian mempertahankan pengetuanya yang berkelakuan buruk itu?
Kalau ada yang bertanya, jawapannya adalah untuk berdakwah. Lain orang lain caranya menyampaikan dakwah adalah skrip yang disebut berulang kali dengan penulis.
Laila bagaimanapun enggan menjawab soalan lebih lanjut seperti anak siapa, tinggal di mana dan sebagainya yang berkaitan tetapi terus berlalu.
“Kalau nak derma, bagi sahajalah dengan ikhlas hati, tak payahlah nak burukkan orang lain,” katanya sebelum berlalu.
Masalahnya, siapa yang harus bertanggungjawab untuk melindungi kanak-kanak itu daripada terus mengemis?
Jadi begitula kisahnya kan. Banyak perkara dan persoalan bermain. Bukan kita nak menyebuk dekat anak-anak ini,tapi admin rasakan ini suatu sindiket yang tidak berperikemanusiaan. Kesian pada mereka. Emm kesian-kesian jugak doa sahajalah admin dapat lafazkan. Semoga kanak-kanak ini mendapat pembelaan.
P/s : Rakyat Malaysia PRIHATIN ? Sila sebarkan artikel ini.
Berikut dibawah salah satu Video Perbualan :
P/s : Rakyat Malaysia PRIHATIN ? Sila sebarkan artikel ini.
terbaik bro...call polis...aku tgk kesian budak2 tue dipergunakan oleh syaitan bertopengkan manusia...
ReplyDeleteAlhamdulillah ada pihak yg ambil berat tentang isu begini, Ianya menyalahi dan tertakluk dibawah Akta Kanak-Kanak 2001 (AKK 2001) dan di Bawah konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC)
ReplyDelete