Bisnes MLM Double Stemcell SCAM & Penipu?
Bisnes MLM Double Stemcell SCAM & Penipu? : Ubat yang berkajian pun satu penyakit satu sahaja fungsi ubatnya. Jikalau sakit jantung, mak...
https://mediafantasia.blogspot.com/2014/02/bisnes-mlm-double-stemcell-scam-penipu.html
Bisnes MLM Double Stemcell SCAM & Penipu? : Ubat yang berkajian pun satu penyakit satu sahaja fungsi ubatnya. Jikalau sakit jantung, makan ubat sakit jantung. Kencing manis, makan ubat kencing manis. tetapi dengan produk MLM, satu produk boleh rawat pelbagai penyakit.
Hebat, geleng kepala Pakar Bedah Neuro, Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah seperti yang beliau melihat situasi yang di berlaku di Malaysia hari ini dengan lambakan produk MLM yang ada….
Jikalau disingkap semula sejarah di China, kalau-kalau ada yang masih ingat lagi di China sekitar tahun 1998 berlaku rusuhan yang bandar-bandar besar di China, semuanya angkara isu syarikat-syarikat MLM yang buat “pyramid-selling” – downline cari downline cari downline, dapat komisen up and up and up. Akhirnya…apa jadi?
Bisnes MLM : Beza Kawalan Negara China VS Malaysia?
China haramkan terus semua MLM, walau pun kemudiannya “direct-selling” dibenarkan pada tahun 2003. Itu pun disebabkan China mahu join WTO dan syarikat MLM lintah-darat kebanyakannya pulak semua datang daripada US, terpaksa jugalah China mengalah pasal isu ini.
Rakyat China sehingga ke hari ini cukup gerun dan ketakutan untuk buat skim piramid. Walaupun pasaran ada lebih 1 billion umat :
“a really huge market – piramid sheme almost zero!”
Siapa sahaja buat skim piramid di China, dapat tangkap dan sabit kesalahan,hukumannya tembak sampai mati – very simple? Ya….begitulah penghabisan riwayat kalangan yang cuba mengaut keuntungan hasil penipuan ke atas rakyat China sendiri.
Dan…bagaimana pula dengan di Malaysia?
Bisnes MLM Double Stemcell SCAM & Penipu. Satu Lagi Skim Piramid?
Jikalau sistem perniagaan ada syarat menaja orang, dan setiap ahli yang join ada syarat yang sama (duplikasi), maka ianya jadi “pyramid-selling” apabila jumlah ahli meningkat secara eksponensial dan crash/collapse akhirnya akan berlaku bila bilangan ahli sudah mencapai peringkat tepu. Dan terbaru, rakan pembaca Berita Semasa berkongsi satu lagi skim MLm yang terbaru yang sedang hangat & semakin ramai yang terjerut dengan skim MLM ini.
Masih ingat lagi AC Mizal yang penipu itu (SEPERTI DI SINI)?
Semak satu persatu gambar-gambar di bawah ini isu melibatkan Bisnes MLM Double Stemcell SCAM & Penipu ini….
Apabila bercakap mengenai MLM, Berita semasa sedih sangat terutamanya ramai bangsa melayu yang mudah terpengaruh. Pokok pangkalnya nak kaya cepat katanya. Kononnya niat suci, kongsikan pemakanan sihat sambil berbisnes dengan dijual pada harga yang sangat-sangat tidak munasabah,semuanya disebabkan skim piramidnya. Sedangkan sebenarnya produk kesihatan yang diiklankan itu tiada faedahnya melainkan sama seperti air minuman berperisa buah-buahan.
- Penyumbang terbesar hutang kad kredit ialah MLM yang jatuh bankrap muda-muda lagi. MLM ini memang perosak masyarakat. maaf bercakap.
- Dek kerana mahu mengaut keuntungan, sanggup menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan downline, dan mempengaruhi orang ramai termausklah dnegan cara menipu dan memburukkkan orang lain.
- Ambil kesempatan pada orang baik dan lurus
Bisnes MLM ini adalah budaya yang dibawa dari US yang mana kita tengok seperti dalam movie Stockbroker di Wallstreet/Telemarketing yang aggresif buat jualan tanpa hati perut tanpa peduli soal moral/halal haram untuk capai sasaran (mungkin bagus juga anda tonton sendiri filem Wolves of Wall Street)
Kebanyakannya produk MLM akan dinaikkan harga kepada 200%-300% daripada harga sebenar, Bukannya nak bagi orang sihat sebenarnya tetapi lebih kepada bisnes untuk bayar kalangan downline dan agen.
Orang yang join MLM ini, biasa yang Berita Semasa perhatikan:
- Tayang kereta & pegi melancong sahaja
- Tetapi belum pernah, Berita semasa tengok orang MLM tayang kereta sekali geran, rumah sekali geran? Tunjuk bayaran cukai kepada LHDN
- Hakikatnya ramai yang terpengaruh dengan MLM ini sebab mahu jadi kaya dengan cepat. Sebenarnya tiada jalan cepat untuk jadi kaya melainkan dengan kerja kuat berniaga produk sendiri, bukan produk orang lain. Jikalau jual produk orang lain, memang sampai ke sudah pun tidak akan kaya, yang kaya hanya 2, 3 kerat sahaja.
Contohnya di bawah ini kalangan jutawan Bisnes MLM Double Stemcell SCAM & Penipu mendapatkan kemewahan & kereta mewah :
Nasihat Berita Semasa : Bisnes MLM Hai-O, Sila Tinggal Tinggalkan. Tidak Rugi Tanpa Hai-O
Akhir sekali, Berita Semasa ingin nasihatkan kepada semua, bukannya kalau boleh tetapi lebih baik tinggal Hai-O. Mengapa?
- Mlm terlampau lampau
- Berdasarkan semakan Berita Semasa dalam senarai bank negara, Hai-o adalah syarikat yang punya securities (finance) yang non syariah compliance. Maksudnya? Securitiesnya haram.
- Hai-O turut jual samsu. Medicated samsu yang orang ramai minum masa Chinese New Year, Deepavali dan lain-lain perayaan bukan islam. Profit samsu adalah sangat besar dan accumulated dalam group business.
Jadi renung-renungkan. Pilihan di tangan anda
P/S : Berita Semasa tidak kecam semua MLM, tetapi disebabkan mekanisme MLM inilah ramai yang menindas dan menipu orang ramai atas kehendak mahu mencapai kemewahan dnegan cara mudah dan cepat.
Sumber : Berita Semasa
Admin..sy nak tanya dua soalan je..apa yang admin tahu tentang sistem piramid ye?ni soalan paling penting...adakah admin dah kaji 100% plan marketing yang ditawarkan oleh bisnes Double Stemcell ni?kalau dah kaji boleh terangkan persamaan antara plan marketing bisnes ni dengan sistem piramid tu sendiri...kalau boleh admin cerita sikit plan marketing bisnes Double stemcell ni lepas tu kaitkan antara persamaan sistem piramid dalam plan marketing bisnes tu....baru la kami semua nampak lebih jelas....sekadar pendapat je ni...
ReplyDeletenk terangkan ape..sume skim piramid sama je..baca http://aididmuaddib.blogspot.com/
ReplyDeletezaman alia... admin x ckp semua MLM x bagus... fikir logik akal la MLM asal dr mana dan budaya mana ? memang betul semua nak kaya semua nak hidup senang.. lebih baik anda bisnes cara nabi.. banyak manfaat.. :) :escort:
ReplyDelete