Wanita Korea Selatan Gaji RM27K Sebulan Hanya depan Komputer

INCHEON - Seorang wanita, Park Seo-yeon memperoleh pendapatan melebihi £5,600 (RM30,931) sebulan dengan hanya makan dan berbual di hadapan k...

INCHEON - Seorang wanita, Park Seo-yeon memperoleh pendapatan melebihi £5,600 (RM30,931) sebulan dengan hanya makan dan berbual di hadapan kamera yang disaksikan beribu-ribu orang di internet secara langsung.

Seo-yeon, 34, yang tinggal di sebuah apartmen di Seoul memakan pelbagai jenis makanan antaranya telur dan nasi dalam satu sesi program yang berlangsung selama hampir tiga jam pada setiap hari.

Siaran langsung itu juga dibuat dengan menggunakan komputer.

Semasa siaran langsung itu, penonton akan menghantar belon maya yang bernilai AS$0.09 (RM0.30) kepadanya.

Trend makan di hadapan beribu-ribu orang di internet itu mampu menjana pendapatan tinggi melalui iklan serta sumbangan para peminatnya.

Wanita itu berkata, dia berhenti bekerja di sebuah firma tiga tahun lalu bagi memberi sepenuh perhatian kepada pekerjaan baharunya itu yang bermula sebagai hobi tiga tahun lalu.

"Saya berasa sangat gembira apabila ada peminat memberitahu, mereka pulih daripada masalah anoreksia selepas melihat saya makan," katanya. -

SUMBER -BROBIBLE





Related

Info Fakta 7494740010189895096

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak Media Fantasia Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Protected by Copyscape Web Plagiarism Scanner

My Blog List

Blog Archive

Connect Us

item
Seorang blogger biasa yang ingin berkongsi apa sahaja kisah dan pelbagai cerita menarik. Kalau korang suka jom follow .