Video Lawak Kena Lempang akibat Interframe Depan Kamera

BIASANYA setiap kali sambutan perayaan yang besar di Malaysia, para wartawan akan mengadakan siaran langsung di lokasi sambutan seperti masj...

GangguThaipusam

BIASANYA setiap kali sambutan perayaan yang besar di Malaysia, para wartawan akan mengadakan siaran langsung di lokasi sambutan seperti masjid, tokong atau kuil untuk menceritakan kehangatan sambutan yang berlangsung.

Sempena sambutan perayaan Thaipusam contohnya, biasanya siaran langsung akan diadakan di kuil Batu Caves menceritakan tentang kedatangan penganut Hindu ke sana dalam melaksanakan upacara keagamaan mereka.

Di laman Facebook Oh!Media, dimuatnaik satu video satu lintas langsung dilakukan oleh seorang wartawan televisyen dari Batu Caves.

Sedang wanita itu bersiaran langsung, tiba-tiba datang seorang lelaki meninjau proses berkenaan dan terus berdiri di sebelah wartawan berkenaan tanpa rasa bersalah.

Selang beberapa patah perkataan, wartawan itu juga melihat kepada lelaki itu kehairanan. Bagaimanapun tidak diketahui, pada tahun bila kejadian ini dirakamkan sama ada sambutan Thaipusam tahun ini atau sebelum ini.

Melihatkan kepada wajah wanita itu, kemungkinan ketika itu beliau sedang berlatih sebelum hari sebenar

Masihkah anda ingat video seorang wartawan di India yang melempang seorang remaja yang berdiri di hadapannya ketika bersiaran langsung.



SUMBER :MYNEWSHUB


Di Malaysia, tidaklah sampai ke tahap itu cuma, tindakan lelaki itu memang menjengkelkan. Lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan secara selamba.


Related

Video Pilihan 1045401139681089219

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak Media Fantasia Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Protected by Copyscape Web Plagiarism Scanner

My Blog List

Blog Archive

Connect Us

item
Seorang blogger biasa yang ingin berkongsi apa sahaja kisah dan pelbagai cerita menarik. Kalau korang suka jom follow .