Safee Sali Tidak Puas Hati

“Saya masih belum puas hati. Banyak lagi kerja yang perlu dilakukan untuk memantapkan diri sebelum saingan Liga M bermula.” Penyerang Johor ...



“Saya masih belum puas hati. Banyak lagi kerja yang perlu dilakukan untuk memantapkan diri sebelum saingan Liga M bermula.”


Penyerang Johor Darul Takzim (DT), Safee Sali meluahkan perasaannya ketika bertekad untuk meningkatkan mutu permainannya bagi mencari tempat dalam kesebelasan utama selepas bertindak cemerlang menerusi dua aksi persahabatan.


Ketika menang 4-1 ke atas Melaka United, bekas penyerang Pelita Jaya itu meledak dua gol dan kelmarin muncul penyelamat dengan gol penyamaan bagi mengikat kelab Liga Super Indonesia (ISL), Pelita Bandung Raya 1-1.

“Permulaan yang baik, tetapi saya tidak boleh berasa selesa kerana perlu bekerja keras memantapkan lagi permainan kerana itu yang dimahukan jurulatih (Cesar Ferrando Jiminez).

“Jiminez banyak membantu saya. Oleh itu saya tidak mahu mensia-siakan usaha beliau dan mengikut apa juga arahan ketika latihan kerana saingan Liga Super semakin hampir dan pastinya tumpuan ketika latihan amat penting.

“Memang berbaloi dengan tiga gol yang saya hasilkan malah saya cukup serasi beraksi bersama Pablo Aimar yang bijak melorongkan bola bagi membuka ruang kepada saya melakukan penyudah,” katanya.


Bagaimanapun, Safee sedang berusaha untuk mengembalikan persembahan terbaiknya malah dengan keupayaan menjaringkan gol dalam dua aksi persahabatan itu memberinya lebih keyakinan sebelum saingan Liga M bermula.

Musim lalu, prestasi bekas pemain Pelita Jaya itu kurang menyengat dan gagal mempamerkan aksi terbaik seperti diharapkan pasukan.

“Sudah tentu setiap pemain mahu bermain tetapi bagi saya, siapa yang berada dalam prestasi dan kecergasan terbaik berhak berada dalam skuad utama,” katanya.

Related

Info Sukan 5491793423596067015

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak Media Fantasia Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Protected by Copyscape Web Plagiarism Scanner

My Blog List

Blog Archive

Connect Us

item
Seorang blogger biasa yang ingin berkongsi apa sahaja kisah dan pelbagai cerita menarik. Kalau korang suka jom follow .