Cristiano Ronaldo dapat hadiah Al-Quran

Semakin dekat dirinya dengan Islam, pemain bola sepak termahal di dunia Cristiano Ronaldo mendapat hadiah mushaf Al-Qur'an di Riyadh, ...

Semakin dekat dirinya dengan Islam, pemain bola sepak termahal di dunia Cristiano Ronaldo mendapat hadiah mushaf Al-Qur'an di Riyadh, Arab Saudi.


Bintang Real Madrid itu baru-baru ini mendapat hadiah kejutan dari Mobily, syarikat pembekal bimbit Arab Saudi. Pemain dikenali dengan julukan CR7 itu mendapatkan terjemahan Al Quran bahasa Portugal dari syarikat telekomunikasi terbesar di negara Timur Tengah itu.

Pemberian hadiah itu dilakukan dalam sebuah penggambaran iklan terbarunya di dubai. CR7 kelahiran Portugal, 5 Februari 1985 kelihatan di dalam foto sedang menerima hadiah mushaf Al-Qur'an dari seorang lelaki Arab.
Seperti dilaporkan laman tempatan Al-Riyadh, kapten pasukan kebangsaan Portugal ini didaulat Mobily untuk menjadi duta mereka. Dengan kontrak bernilai US $ 6 juta, Ronaldo akan membintangi sejumlah iklan Mobily selama tiga bulan dan pengambaraan dilakukan di Riyadh, ibu negara Arab Saudi.

Secara rasmi menjadi bintang iklan Mobily, Ronaldo hadir untuk bergambar sekaligus menerima pemberian hadiah Al-Quran tersebut pada minggu lalu di Riyadh.

Related

info semasa 5171893900117843682

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak Media Fantasia Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Protected by Copyscape Web Plagiarism Scanner

My Blog List

Blog Archive

Connect Us

item
Seorang blogger biasa yang ingin berkongsi apa sahaja kisah dan pelbagai cerita menarik. Kalau korang suka jom follow .