Sedih!!!Gambar Ngeri Saudara Muslim Kita Di Afrika Tengah Pasti Membuka Mata Anda
Dewasa ini, saban hari kita didedahkan dengan pelbagai bentuk penindasan terhadap umat islam seperti di Palestin, Syiria, Rohingya dan banya...
http://mediafantasia.blogspot.com/2014/02/sedihgambar-ngeri-saudara-muslim-kita.html
Dewasa ini, saban hari kita didedahkan dengan pelbagai bentuk penindasan terhadap umat islam seperti di Palestin, Syiria, Rohingya dan banyak lagi. Terkini dunia islam dikejutkan dengan berita pergolakan dan penindasan yang berlaku di Republik Afrika Tengah.
Disepak dan dipijak
Dibiarkan cedera
Diseret sepanjang jalan dan dibaling batu
Ditikam hidup-hidup
Republik Afrika Tengah mempunyai populasi 4.5 juta penduduk yang terdiri daripada 50% Kristian, 15% muslim dan 35% lain-lain. Memetik kata-kata Dr Ali Mohiuddin Qara Dagi, Setiausaha Agong Ikatan Ulama’ Islam Dunia mengatakan bahawa umat kita sedang terluka dengan penyembelihan umat islam di Afrika Tengah. Tambah beliau, umat islam di Afrika Tengah dulunya merupakan majoriti namun hari ini telah menjadi golongan minoriti yang tertindas.
Mayat Bergelimpangan
Dibakar
Bahkan daging dimakan!
Militari Kristian mampu melenyapkan populasi muslim di Afrika Tengah, kata kumpulan Hak Asasi Manusia (Human Right). Mereka mendakwa telah menyaksikan kuasa-kuasa anti Balaka (Militari Kristian) memotong kerongkong orang Islam, mencacatkan, memotong badan sehingga mati lalu dibakarnya.Ini menunjukkan proses pembersihan etnik muslim secara besar-besaran sedang berlaku.
Melihat keadaan yang tidak terkawal, Perancis mengumumkan untuk meningkatkan penempatan tentera dengan askar tambahan sebanyak 400 bagi mengawal keadaan yang sedang berlaku.
Natijahnya, berpuluh-puluh ribu umat Islam telah melarikan diri rentetan daripada peningkatan serangan Militari Kristian dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini.